Monday, May 25, 2009

PENGENALAN Ubatan tumbuh-tumbuhan

Masyarakat melayu di negara ini telah lama meyakini perubatan dan rawatan tradisional. Ini dapat di buktikan dengan banyaknya produk-produk ubatan tradisional Melayu dipasarkan serta mendapat sambutan meluas di seluruh negara. Mereka percaya bahawa perubatan dan rawatan tradisonal Melayu merupakan kaedah paling selamat dan tidak memberi kesan sampingan terhadap tubuh badan manusia. Perubatan dan rawatan tradisional Melayu banyak menggunakan bahan-bahan yang berasal daripada tumbuh-tumbuhan yang boleh di perolehi di sekeliling tempat kediaman dan hutan belantara atau di kawasan pendalaman. Satu lagi faktor perubatan dan rawatan tradisional Melayu mendapat tempat di kalangan masyarakat ialah kerana ianya lebih murah berbanding dengan rawatan dan perubatan lain.

Dianggarkan pada masa ini lebih daripada 13,000 jenis tumbuh-tumbuhan berpotensi untuk dijadikan sebagai ubatan bagi menyembuhkan berbagai penyakit. Kebanyakkan tumbuh-tumbuhan ini terdapat di kawasan tropika seperti Malaysia. Menurut kajian Universiti Sains Malaysia, terdapat lebih daripada 2000 hingga 3000 spesies tumbuh-tumbuhan ubatan di Malaysia telah digunakan bagi tujuan perubatan moden dan tradisional. Ini menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara yang terkenal di dunia yang kaya dengan tumbuhan semulajadinya dan dikaitkan dengan nilai perubatan.

Upacara perbomohan

Pada prinsipnya, amalan perbomohan menurut perspektif Islam mestilah didasari dengan sumber-sumber yang pasti sama ada dari al-Quran dan al-Sunnah serta sumber-sumber perundangan yang diiktiraf oleh Islam. Sekiranya berlaku kontradiksi dengan prinsip akidah Islam maka amalan tersebut dianggap terkeluar dari landasan Islam. Sebagai contoh dalam amalan mantera dan jampi serapah, kandungan isi mantera perlu jelas dan terang dan perkataan yang digunakan tidak mengandungi konotasi atau elemen yang mempersekutukan kekuasaan Allah.

Penggunaan perkataan roh, penunggu atau makluk lain dengan tujuan bersahabat atau meminta bantuan tidak dibenarkan dalam amalan perubatan. Rawatan yang menggunakan bantuan makluk seperti jin atau umumnya dikenali sebagai syaitan bertentangan dengan prinsip akidah Islam. Justeru itu, bantuan dan harapan hanyalah bersandarkan kepada Allah di samping usaha-usaha yang dilakukan.

Blogger template 'WateryWall' by Ourblogtemplates.com 2008